TANDA-TANDA PESAKIT ASMA

PENYAKIT LELAH DAN SIMPTOM LELAH

Apa simptom lelah yang dapat dilihat daripada pesakit asma@lelah seperti Hanif. 

Biasanya Hanif bermula dengan demam diikuti batuk-batuk kecil, semakin hari semakin kerap bunyi batuknya. Bila dah makin kerap bunyi batuk-batuk itu kedengaran, mulalah ibu menjadi risau yang amat sangat.

PETUA HILANGKAN SEMPUT KANAK-KANAK

Apa yag ibu buat apabila si Hanif di serang semput / asma?
Punyalah risau, sampaikan malam pun tak boleh tidur. Bila batuk-batuk tu berlarutan, akan kedengaranlah bunyi "wheezing" bila Hanif bernafas. Bunyi tu macam bunyi wisel bila Hanif melepaskan nafas. Dalam hati ibu dah berbisik "Hanif nak kena lelah ni". 

Hanif selalu bertanya, 

Hanif : Ibu, kenapa Hanif selalu sakit ibu?

Ibu     : Hanif sakit kerana Allah sayangkan Hanif. Allah nak hapuskan dosa-dosa Hanif.
            Bukan Hanif sahaja, malah Allah juga nak ampunkan dosa-dosa ibu juga.

Hanif : Hanif banyak dosa ke ibu?

Ibu     : 😢speechless....
             Ibu yang banyak dosa Hanif, jadi Allah nak bantu ibu untuk hapuskan dosa-dosa kecil ni.


PERLU KE HANIF BERGANTUNG KEPADA INHALER


Selain daripada itu, dapat dilihat ke atas pesakit asma @lelah macam Hanif ni mula nampak keletihan. kurang bermain, batuk-batuk berpanjangan dan tidur pun kena tinggikan di bahagian kepala. Ini kerana saluran pernafasan pesakit asma@lelah menjadi semakin sempit menjadikan mereka sukar untuk bernafas.

Biasanya bila Hanif semakin sukar untuk bernafas, ibu akan cepat-cepat bawa Hanif ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Adakalanya sekadar mengambil gas melalui Nebulizer sahaja tidak mencukupi. Maka, kami akan berkampung seketika di hospital sehinggalah Hanif kembali sembuh seperti sedia kala. Syukur kepada Allah, walaupun begitu, Hanif tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada inhaler. Hanya pada keadaan tertentu sahaja. 

Ibu mencari alternatif untuk merawat Hanif melalui Omega Guard Shaklee. Boleh baca entry ibu berkenaan Omega Guard Shaklee. Nampak ada perubahan pada Hanif. Kalau tidak, hampir setiap bulan kami akan membuat lawatan ke klinik untuk Nebulizer.😍Alhamdulillah....moga Hanif terus sihat dan dapat bermain dengan riang seperti kanak-kanak yang lain. Sehingga hari ini kami masih mengamalkan Nutriferon, Meal Shakes, Omega Guard dan yang terbaru Vita-lea untuk kedua-dua anak ibu Anis & Hanif.




penyakit lelah dan simptom lelah
Anak-anak ibu Anis & Hanif dah semakin sihat....Alhamdulillah










Label: