Bagaimana Diagnosa Asma Dilakukan.

Bagaimana Doktor Mengenalpasti Penyakit Asma Yang Ada Pada Hanif?

1.Mempunyai Sejarah & Simptom Berkaitan Asma

Dalam keluarga kami memang ada sejarah serangan asma. Di sebelah keluarga ibu, ibu sendiri pernah di serang asma. Nak jadi ceritanya, ibu diserang asma ketika fasa akhir mengandungkan Anis dan adiknya Hanif. Masa tu bermula dengan batuk-batuk. Masa mengandung ni dah lah tak disarankan untuk mengambil pelbagai ubat, bila doktor bagi ubat masa tu agak risau nak makan kecuali dah rasa macam tak boleh tahan sangat. 

Masa tu juga tak berapa familiar dengan SHAKLEE, hm....jadi bertahan sahajalah. Akhirnya batuk-batuk kecil tu semakin menjadi-jadi hinggakan tak boleh nak bercakap lagi. Dada terasa sesak, nafas jadi pendek, jalan sikit sahaja rasa nak pengsan. Masa tu masih ingat lagi, baru di posting kan mengajar, dapat pula subjek pendidikan jasmani dan dapat pula mengajar di tingkat 4, boleh bayangkan tak betapa sukarnya ibu ketika itu.Namun, demi anak bangsa, ibu gagahkan jua diri ini untuk memanjat anak-anak tangga hingga ke tingkat 4. Biasanya memang kena berjalan ke kelas lebih awal, kalau tidak alamatnya sesak nafas di tengah jalan....

Dalam keluarga ibu, abang ibu juga mengidap penyakit asma. Masih ingat lagi selepas SPM, abang ibu nak sangat hadiri temuduga untuk menjadi seorang juruterbang. Syarat-syarat nak jadi juruterbang ni bukan mudah. Antaranya kenalah sihat tubuh badan. Punyalah nak juga abang ibu ni menghadiri temuduga sebagai juruterbang, sanggup dia makan kunang-kunang yang masuk ke rumah pada malam jumaat. Ni petua orang tua-tua dulu. Rasanya ibu pun tak sanggup. Terbayang-bayang kunang-kunang tu bercahaya dalam perut....hahaha...


Bagaimana diagnosa asma dilakukan
Keluarga ibu tersayang

2.Kekerapan Serangan Asma

Hanif memang kerap diserang asma. Serangan bermula dari beberapa bulan sekali, sebulan sekali, akhirnya dua minggu sekali. Sampaikan doktor pun dah kenal kami. Akhirnya bila Hanif dah mula demam, tak mahu makan, tak mahu bermain, terpaksalah ibu bawa Hanif ke Hospital untuk rawatan lanjut. Biasanya doktor akan berikan nebulizer untuk cairkan kahak. Memandangkan kahak-kahak ni telah menyempitkan saluran pernafasan Hanif menyebabkan Hanif sukar bernafas.

Hanif juga dibekalkan dengan pam inhaler untuk mengawal serangan asma. Oleh kerana terlalu banyak sangat ubat yang Hanif perlu makan, ibu terfikir kenapa tidak mencari alternatif lain. Sehinggalah ibu bertemu dengan SHAKLEE OMEGA GUARD, NUTRIFERON, VITA-C PLUS, MEAL SHAKES & VITA-LEA FOR CHILDREN.

Asma Hanif tidak pulih sepenuhnya lagi. Namun ibu perlu teruskan usaha untuk membantu Hanif pulih sepenuhnya. Doa ibu moga Hanif sihat dan cergas seperti kanak-kanak lain. Boleh bermain bola sepak, berlari, bermain seperti kanak-kanak lain.


Bagaimana diagnosa asma dilakukan
Hanif kerap keluar masuk wad


3.Pemeriksaan Fizikal Untuk Mengesan Tanda-tanda Asma

Apabila diserang asma, doktor akan membuat pemeriksaan lanjut ke atas pesakit. Pernafasan yang kedengaran seperti bunyi siulan nyaring ketika menghembus nafas, kerap batuk dan lebih teruk pada waktu malam atau awal pagi, menyebabkan pesakit sukar tidur atau terjaga daripada tidur kerana batuk serta sukar untuk bernafas. X-ray juga dilakukan bagi memastikan tiada jangkitan kuman pada paru-paru. Terdapat juga tanda-tanda alahan seperti hidung berair, Turbinat hidung (nasal turbinate) bengkak dan alahan kulit seperti ekzema. Berdasarkan tanda-tanda yang dialami oleh pesakit asma, tahap keseriusan penyakit asma boleh ditentukan oleh doktor.

Dalam setahun beberapa kali kami akan berkampung di hospital. Hospital bagaikan rumah kedua kami. Ketika itu terasa sukarnya berada di negeri orang. Jauh dari emak dan abah. Juga jauh dari saudara mara ibu. Nak menangis rasanya. Tapi, bila berada di hospital, timbul keinsafan di hati ibu apabila melihat anak-anak kecil yang sakit, rasanya lagi sakit dari Hanif.

Di saat itu, kami hanya menumpang kasih dengan pengasuh Hanif & Anis yang kami panggil Mak Rai dan Pak Akob. Pada merekalah kami menumpang kasih. Membantu ibu dan keluarga ketika susah. Keluarga ibu dah dianggap bagaikan anak sendiri.


Bagaimana diagnosa asma dilakukan
Masuk wad lagi...

4.Pengukuran Aliran Udara Dalam Paru-paru

Pengukuran aliran udara dalam paru-paru menggunakan alat aliran ekspiratori (Peak Expiratory Flow meter (PEF) puncak dan alat.

Bagaimana Diagnosa Asma dilakukan
Peak Expiratory Flow Meter (PEF)

Maklumat Sokongan Bagi Diagnosa Asma dan Tahap Kawalan Asma


Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Hanif Agar Lebih Sihat dan Tidak Bergantung Sepenuhnya Kepada Ubat dan Inhaler.

1.Omega Guard



Bagaimana diagnosa asma dilakukan

2.Vita-C Plus


Bagaimana diagnosa asma dilakukan


3.Meal Shakes


Bagaimana diagnosa asma dilakukan



4. Vita-Lea For Children


Bagaimana diagnosa asma dilakukan

5.Nutriferon


Bagaimana diagnosa asma dilakukan












Label: